Sebelum ini, media melaporkan bahawa Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz
akan terbang ke Perancis untuk daftarkan anaknya sekolah.
Menerusi FMT, Nazri menjelaskan yang dia telah pun mendapat kelulusan dari
Jabatan Imigresen untuk berlepas ke luar negara dan akan pulang sebelum
parlimen mula bersidang.
Ekoran ini, isteri kepada ahli politik tersebut Haflin Nazri Aziz telah
kongsikan momen dia berlepas ke Perancis bersama anaknya di Instagram peribadinya.
Dengan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia ini, ramai rakyat Malaysia telah
meluahkan kegusaran mereka dengan masa hadapan Malaysia, perkongsian ini telah
membuatkan ramai netizen tak puas hati.
Selepas dikecam netizen, Haflin telah menjawab beberapa pertanyaan netizen di
IG story nya dan turut meminta netizen untuk mengecam orang yang lebih
berkuasa.
“Kalau korang bitter sangat dengan pendidikan anak saya sebab anak saya lahir
dekat France, korang patut suruh tuhan tentukan dekat mana korang nak lahir
dan mati. Mentaliti rendah, intelek rendah. Sibuk nak jaga hal anak orang.”
ARTIKEL BERKAITAN:
- Nazri setuju Umno tinggalkan kerajaan PN secepatnya
- Hari-hari curi ahli UMNO, bukan kita tak tahu – Nazri
- Lebih ramai ahli Parlimen Umno akan tarik sokongan terhadap Muhyiddin, kata Nazri
- Nazri Aziz timbang tarik diri sokong kerajaan PN
- Nazri Aziz tarik diri dari sokong PN, Muhyiddin tiada majoriti
- Muhyiddin kena ingat, halang peruntukan bukan hukum saya, tapi hukum rakyat – Nazri
- Isteri Nazri Aziz kongsi momen indah ke Perancis
Join our Telegram Channel