Kempen kibar bendera putih sebagai isyarat memerlukan bantuan adalah inisiatif
yang menjadi perbualan hangat netizen dan rata-rata rakyat Malaysia telah
memulakan langkah dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang susah.
Terbaharu, Datuk Seri Vida telah memuat naik video di TikTok dimana
menunjukkan beliau singgah membeli di sebuah gerai anak muda di kawasan
perumahan.
Menerusi video tersebut, beliau turut menjawab pertanyaan pengikutnya yang
memohon bantuan makanan.
Menurutnya, seharusnya mereka yang terjejas diluar sana berusaha keras
daripada bergantung dengan bantuan bendera putih dan bukannya menjadikan
pendapatan terjejas disebabkan PKP sebagai alasan.
Beliau turut memuji usaha anak muda yang berniaga dalam videonya itu.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen berasa
kurang senang dengan pendapatnya itu.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan jika tidak mahu membantu tidak
perlu memperlekehkan mereka yang susah.
Malah, para netizen turut mengatakan mungkin kempen bendera putih adalah
pilihan terakhir mereka yang susah.
@datoserividaofficial Reply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..#fyp #viral #pkp #malaysia #datoserivida
♬ original sound - QU PUTEH BARULAH PUT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kempen kibar bendera putih jika putus bekalan makanan dapat sambutan
- Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih – Nik Abduh
- Kempen kibar bendera putih bermotif politik – PAS
- Beras habis, 3 hari hanya kunyah biskut, ibu tunggal kibar bendera putih
- Kerajaan PAS Kedah tidak iktiraf bendera putih
- Mufti P.Pinang tidak setuju kempen bendera putih
- Lagi pemimpin PAS kurang senang kempen #BenderaPutih
- Mufti Wilayah tegur PAS isu kibar #BenderaPutih
- MB Kedah dilapor enggan hantar bantuan kepada mereka yang kibar #BenderaPutih
- Kibar #BenderaPutih boleh gugat akidah umat Islam
- Sepatutnya ajar rakyat sabar, jadi kuat, gagah, bukan kibar #BenderaPutih – Timb Menteri
- Jangan malas harap bantuan #BenderaPutih je kata Datuk Vida
Join our Telegram Channel