PETALING JAYA: RSN Rayer (PH-Jelutong) hari ini mencabar agar undian dibuat
untuk membuktikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai
sokongan majoriti.
Cabaran dibuat selepas Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) mengatakan Muhyiddin
(Bersatu-Pagoh) mempunyai sokongan majoriti ketika berbahas.
Rayer dalam masa yang sama mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Tarmizi
mengelirukan dan menghina Dewan Rakyat.
“Mana-mana ahli yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina majlis.
Memang Yang Berhormat Pagoh tiada majoriti. Kalau betul kita undi. Saya cabar
kita undi atas perkara ini. Kenyataan Sik adalah kenyataan mengelirukan dewan.
“Berani atau tidak Sik kita buat undi perkara ini. Saya cabar,” katanya dalam
Sidang Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.
Join our Telegram Channel