KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak berusia setahun maut selepas kepalanya
ditetak bapa saudaranya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Parit Mahang,
Jeram di sini hari ini.
Dalam kejadian pada waktu tengah hari itu, suspek Mohd. Hidayat didakwa
menghayun sebilah parang panjang ke arah saudara iparnya, namun hayunan
pertama terkena anak kepala anak saudara dan cuba menghayunkannya sekali
lagi, tetapi berjaya dihalang ahli keluarga lain.
Berdasarkan satu laporan diterima pemberita, kejadian dikatakan berpunca
daripada pergaduhan antara ahli keluarga yang bermula dengan pertikaman
lidah antara adik beradik di rumah orang tua mereka.
“Saya menerima panggilan daripada emak pada pukul 12 tengah hari apabila
berlaku pertengkaran mulut antara adik beradik dan bergegas ke sana. Semasa
sampai di rumah, pertengkaran masih berlaku kemudian salah seorang beredar
dari situ.
“Suspek ketika itu kelihatan dalam keadaan mundar mandir di tepi (luar)
rumah, tidak lama kemudian saya terdengar jeritan dari rumah sebelah milik
adik saya dan bergegas ke bahagian belakang rumah dan mendapati suspek
menghayunkan parang panjang untuk menetak adik ipar dan anak adik ipar.
“Semasa hayunan pertama, terkena anak saudara berusia setahun lebih pada
bahagian kepala. Suspek kemudian ingin menetak sekali lagi tetapi sempat
ditahan oleh saya. Saya menangkap suspek dan menghubungi polis untuk
mendapatkan bantuan,” katanya.
Sementara itu Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor dalam satu makluman ringkas
kepada pemberita mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes disiasat
di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang
boleh menyebabkan kematian. – Utusan
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel