Kenyataan PMO bukti Mahiaddin degil, kata Puad



MP UMNO WAJAR TULIS SURAT KEPADA SPEAKER

Zahid Hamidi menegaskan, tindakan Kerajaan PN batal Ordinan Darurat tanpa perkenan YDP Agong  adalah penderhakaan kepada Tuanku.

Justeru Presiden UMNO mengarahkan ahli Parlimen UMNO menzahirkan pendirian. Tarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Adakah usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri yang dikemuka oleh Anwar Ibrahim di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (1)(h), 26 (1)(d), dan Peraturan Mesyuarat 36 (12) akan dibenarkan isnin depan?


Maka adalah disarankan Ahli Parlimen UMNO menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat. Nyatakan pendirian, mereka tidak menyokong Perdana Menteri.

Gagal berbuat demikian, ahli Parlimen UMNO akan dicop umpama menderhaka YDP Agong. Ini menjejaskan imej UMNO sebagai parti yang mempertahankan Institusi Raja.

Tidak ada sebab mereka engkar keputusan parti yang diputuskan dalam mesyuarat MKT pada 7 Julai 2021.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri petang semalam adalah bukti Perdana Menteri degil dan mahu menegakkan benang basah.


Sepatutnya Perdana Menteri memohon maaf kepada YDP Agong seperti yang disarankan oleh YAB MB Pahang dan Perak.

Soalnya apakah ahli Parlimen UMNO mahu bersekongkol dengan tindak tanduk Perdana Menteri yang bangkitkan kemurkaan YDP Agong?

Surat kepada Speaker akan mengabsahkan sama ada Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti melebihi 110 undi.

Kecuali sidang Parlimen pada hari isnin ini dibatalkan sebagai jalan selamat untuk Perdana Menteri?

– Dr Puad Zarkashi




Join our Telegram Channel
Telegram