KUALA LUMPUR: Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak menolak sekiranya diberi kepercayaan untuk dipilih sebagai Perdana Menteri interim jika negara sekali lagi berdepan krisis politik.
Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berpendapat, sesiapa sahaja termasuk dirinya akan memikul tanggungjawab tersebut jika ia dibuat demi kepentingan rakyat.
“Kalau dengar kepada banyak laporan takut kita hendak mencuba pun tetapi kalaulah itu menjadi tanggungjawab sesiapa sahaja mesti memikulnya kerana demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dalam sebuah program bual bicara Bersama Ku Li yang disiar di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Pada 24 Februari tahun lalu, Malaysia buat pertama kalinya mempunyai Perdana Menteri Interim apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan menerima peletakan jawatan itu, bagaimanapun kemudiannya telah berkenan Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muhyiddin umum Ismail Sabri TPM, Hisham Menteri Kanan Keselamatan
- Terima kasih PM di atas perlantikan – Hisham
- MKT Umno dah putus tak terima jawatan TPM, kata Asyraf
- Tahniah Mael TPM, tunggu keputusan meeting malam ini – Najib
- Perlantikan TPM: Ismail ucap terima kasih kepada PM, Zahid, MP-MP dan seluruh rakyat Malaysia
- Pemimpin UMNO terkejut Ismail terima jawatan TPM tanpa restu parti
- Meeting MT UMNO panas, majoriti bertegas mahu keluar PN
- PANAS: Lebih 76 ribu undi, 82% mahu UMNO keluar dari PN
- Azmin ucap tahniah kepada Ismail Sabri, Hishammuddin
- UMNO tarik semula sokong, keluar PN serta merta
- UMNO tegas tidak calonkan Anwar, DAP
- Ku Li sedia jadi PM interim demi kepentingan rakyat
- Kenderaan bawa peguam negara, menteri ke rumah PM
Join our Telegram Channel