KECEDERAAN yang dialami jaguh seni bela diri campuran, Conor McGregor memaksa
dia menjalani pembedahan selama tiga jam.
Menerusi pertarungan Lightweight UFC 264 di Arena-T Mobile, Las Vegas
baru-baru ini, McGregor mengalami kecederaan apabila buku lali kirinya patah
pada penghujung pusingan pertama.
Dalam perlawanan itu, McGregor yang berasal dari Ireland dipertemukan dengan
Dustin Poirier.
Akibat kecederaan itu, McGregor terpaksa diusung keluar dair arena itu sebelum
dibawa untuk menjalani rawatan.
Pada Isnin pagi, McGregor memberitahu peminat di laman sosial bahawa dia akan
kembali tidak lama lagi.
Malah, dia turut meninggalkan ucapan terima kasih kepada peminat menerusi
video di Twitter.
Join our Telegram Channel