MKT Umno dah putus tak terima jawatan TPM, kata Asyraf



PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi Umno telah memutuskan untuk tidak terima jawatan Timbalan Perdana Menteri, kata Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki tidak lama selepas Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Ismail Sabri.

“Jauh sekali melobi,” kata Asyraf menepis dakwaan Umno melobi jawatan itu sebagai “berita palsu”.


“Lagipun daripada melobi jawatan timbalan perdana menteri, lebih baik melobi perdana menteri untuk tambah baik bantuan rakyat.

“Rakyat terdesak perlu bantuan, bukan jawatan TPM,” katanya di Facebook.

Sementara itu, bekas presiden Umno, Najib Razak terkejut dengan pelantikan Ismail, namun mengucapkan tahniah kepada beliau dan Hishammuddin Hussein, yang dilantik sebagai menteri kanan keselamatan.


“Ingat ada pengumuman baik untuk keadaan Covid-19, moratorium yang lebih membebankan peminjam atau penambahan i-Citra tapi dapat pengumuman timbalan perdana menteri dan menteri kanan baharu pula,” katanya.

“Apapun, kita tunggu dan lihat apa keputusan mesyuarat MKT Umno malam ini,” katanya di Facebook. – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram