KUANTAN: Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris selaras dengan ketetapan Badan Perhubungan UMNO negeri yang selari dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT), pada 7 Julai lalu.
Ia juga selari dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 akhir Mac lalu, yang memberi mandat kepada Presiden dan MT untuk menentukan tarikh tepat penarikan diri daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN).
Ramli berkata, keputusan tersebut perlu dipatuhi oleh setiap pemimpin serta ahli parti berkenaan.
“Saya sebagai Ahli Parlimen UMNO adalah tidak terkecuali dan akur keputusan parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Awal pagi Khamis lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT mengumumkan menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seperti mana semua tahu, Perhimpunan Agung UMNO 2020 merupakan badan tertinggi parti yang telahpun membuat keputusan sedemikian.
Wan Rosdy berkata, ia perlulah dipatuhi oleh setiap pemimpin, ahli parti dan Pahang tidak terkecuali.
Mengulas lanjut, Ramli berkata, pada masa ini, tugas utamanya adalah menumpu segala usaha dan inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara dan kawasan Parlimen Cameron Highlands khususnya.
Sementara itu, Ahmad Nazlan berkata, selaku Ahli Parlimen UMNO beliau juga tidak terkecuali mematuhi dan akur segala keputusan diputuskan parti tersebut.
“Saya selaku Ahli Parlimen Jerantut berpendirian dan mengambil ketetapan selaras dengan keputusan yang diambil oleh. Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- UMNO tarik semula sokong, keluar PN serta merta
- UMNO tegas tidak calonkan Anwar, DAP
- Ku Li sedia jadi PM interim demi kepentingan rakyat
- Kenderaan bawa peguam negara, menteri ke rumah PM
- Arah menteri UMNO resign dulu, bukan desak PM berundur, kata Presiden MIC kepada Zahid
- Dulu Muhyiddin jatuhkan Pak Lah tapi dia tak letak jawatan menteri pun
- 44 dari 46 MT UMNO setuju henti sokong Muhyiddin
- PN hilang majoriti, PM hanya ada dua pilihan, letak jawatan atau bubar Parlimen
- UMNO Melaka sokong keputusan MT, Presiden henti sokong Muhyiddin
- Hadi: PAS kesal dengan UMNO, sokongan kepada PM tak belah bahagi
- Alhamdulillah kerajaan zalim akan tumbang, Ahli PAS syukur UMNO tinggalkan PM
- Ismail Sabri dedah Mahiaddin bersekongkol dengan DAP secara sulit – Puad
- UMNO tak boleh jadi pak sanggup tadah kegagalan kerajaan PN – Zahid
- TERKINI: MP Cameron Highlands, Jerantut tarik sokongan pada Muhyiddin
- Kerajaan PN masih sah, kata Takiyuddin
Join our Telegram Channel