PETALING JAYA: Empat jambatan simen dirobohkan antara dua halangan yang
dihadapi pasukan penguat kuasa sehingga menyebabkan operasi memusnahkan kebun
haram durian Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub tidak
dapat diteruskan seperti dirancang semalam.
Pasukan penguat kuasa terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk membaiki
jambatan itu yang dipercayai dirobohkan pekebun durian meneroka secara haram
di kawasan HSK terbabit.
Kejadian itu menyusul sebuah pacuan empat roda dipercayai milik pekebun yang
didakwa menghadapi masalah tayar bocor, digunakan untuk menghalang laluan
pasukan penguat kuasa dan dikatakan helah bagi melengahkan operasi pemusnahan
kebun haram terbabit.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP), Nor
Azirim Ahmad berkata, pasukan penguat kuasa tiba di kebun itu agak lewat
kerana terpaksa membaiki jambatan berkenaan, dengan menggunakan tali untuk
mengikat dan mengangkat beramai-ramai dua lantai simen jambatan yang
dijatuhkan ke anak sungai.
Katanya, operasi itu membabitkan kakitangan Unit Penguatkuasa JPNP Zon Pahang
Barat dan Timur serta anggota polis dari Balai Tranum.
“Saya difahamkan hari ini anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara
Kem Bukit Galing di Kuantan akan turut serta dalam operasi pemusnahan.
“Kehadiran mereka lebih menjamin keselamatan pasukan penguat kuasa yang
menjalankan tugas,” katanya dipetik Harian Metro yang turut serta dalam
operasi semalam.
Sepanjang operasi semalam, Azirim berkata, 22 individu yang terdiri daripada
pekerja dan pemilik kebun ditahan atas kesalahan berada di HSK Batu Talam
serta didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Akhirnya tokey durian haram sedar negara ini ada Raja, sindir Shahaniza
- MB Pahang tetap mahu pekebun durian haram ‘kosongkan’ tanah
- KURANG AJAR: Pekebun durian haram sound polis bangsat
- Lihatlah berapa kurang ajarnya MP DAP Ronnie Liu terhadap pihak polis (3 video)
- Pekebun durian haram roboh 4 jambatan elak operasi musnah pokok Musang King
- Pekebun durian haram insaf, rayu operasi tebang ditangguh
Join our Telegram Channel