Penakut betul kerajaan PN, #PMCirit lagi lama dari sidang Parlimen – Najib



Penakut betul kerajaan PN ini. Langsung tak hormat Titah Raja-Raja Pemerintah.

Setelah 8 bulan tidak bersidang, depa buka parlimen cuma 5 hari.

Hari pertama titah perasmian YDP Agong bagi mesyuarat penggal.

Isu utama bagi baki empat hari ialah membahas dan luluskan bagaimana parlimen boleh bersidang secara hibrid.


Lepas itu, kata cuma bentangkan proklamasi dan ordinan darurat di hadapan kita.

Sepatutnya, pelan pemulihan perlu dibahas, bantuan rakyat perlu didebat, langkah lawan Covid perlu diteliti dan ordinan-ordinan Darurat perlu didebat, perlaksanaan selama 7 bulan itu perlu dipantau dan diundi supaya dilulus.

Isu bantuan rakyat dan pelan melawan Covid yang sudah banyak kali gagal tak penting untuk dibincang dan diperbetulkan ke?

Rasanya, ramai akan mahu pekerjaan seperti kerja Ahli Parlimen selepas ini.


Rehat 8 bulan.

Lalu kerja 5 hari dengar taklimat dan bincang bagaimana kita mahu bersidang secara maya.

Lepas itu sambung berehat berbulan-bulan.

PM8 kena diarea duduk hospital pun sudah lebih lama dari 5 hari. 

– Najib Razak







Join our Telegram Channel
Telegram