Anggota majlis tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi berkata, dia yakin parti itu
akan memuktamadkan keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional
(PN) sebelum 1 Ogos.
Ini berlaku di tengah spekulasi bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi
berusaha menarik keluar parti itu dari gabungan kerajaan tetapi menghadapi
tentangan besar, terutama daripada ahli parlimen parti itu.
"Saya yakin MKT Umno akan bermesyuarat secara maya dalam masa terdekat untuk
memuktamadkan keputusan PAU Umno 2020 iaitu parti akan tetap menarik balik
sokongan daripada kerajaan PN paling lewat 1 Ogos 2021," katanya seperti
dipetik Sinar Harian.
Puad mendakwa majoriti ahli MT Umno menyokong keputusan untuk keluar
daripada PN.
Bagaimanapun, Zahid masih menghadapi tentangan daripada kebanyakan ahli
parlimen Umno yang bukan terdiri daripada ahli majlis tertinggi.
Zahid pada 21 Jun lalu memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan PN untuk
mengadakan semula sidang parlimen.
Langkah itu dilihat sebagai alasan bagi Zahid mengeluarkan Umno daripada
kerajaan yang sebelum ini enggan memanggil parlimen dalam kadar segera.
Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengumumkan parlimen akan
bersidang semula, yang secara kebetulan adalah hari terakhir tempoh yang
diberikan Zahid.
Ini menimbulkan pertanyaan apakah Zahid masih memiliki alasan untuk menarik
keluar Umno daripada kerajaan.
Tak ubah pendirian Umno
Namun, Puad tetap yakin bahawa langkah untuk mengadakan sidang parlimen tidak
mengubah sebarang pendirian ahli MKT.
"Alasan Umno adalah jelas. Ia berpunca kegagalan kerajaan hari dalam
serba-serbi perkara terutama dalam aspek mengurus ancaman pandemik dan ekonomi
negara.
"Umno tidak mahu terpalit dengan kegagalan kerajaan PN, apatah lagi sikap
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mendengar pandangan
Umno sebelum ini. Contoh jelas adalah gesaan bank menawarkan moratorium
automatik dan pukal," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Buka Parlimen dalam masa 14 hari, atau... – Zahid
- TERKINI: Mesyuarat UMNO putus keluar dari kerajaan PN dalam masa 14 hari
- Najib pertahan Zahid, Parlimen boleh bersidang notis 14 hari, jangan tipu rakyat
- Ahmad Maslan dedah senarai Biro Politik UMNO yang buat keputusan keluar PN
- Tolak pemimpin derhaka titah Agong, Raja-Raja – Najib
- Tempoh 14 hari buka Parlimen tamat hari ini, apa akan jadi?
- TERKINI: PN bakal tumbang, 2 menteri Umno, 5 Ahli Parlimen setuju keluar kerajaan
- Puad yakin Umno akan keluar PN sebelum 1 Ogos
Join our Telegram Channel