RAUB: Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu akan disiasat setelah dua
kertas siasatan dibuka terhadapnya susulan kekecohan yang berlaku di
pekarangan Mahkamah Raub di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusri
Othman berkata, siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana
menghalang tugas penjawat awam dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan
dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPPPPB 2021.
“Dia dibenarkan rentas negeri kerana merupakan ahli politik, apa pun kita buka
juga siasatan di bawah Peraturan 17 PPPPPB kerana walaupun dia boleh rentas
negeri tetapi bergantung prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan
Negara (MKN).
“Jadi kita buka juga siasatan dan (siasatan) sedang giat dilakukan,” katanya
di sini hari ini.
Hari ini proses permohonan reman 18 pekebun durian Musang King di pekarangan
Mahkamah Raub kecoh selepas berlaku pertengkaran antara pihak berkuasa dan
beberapa pemimpin politik.
Pertengkaran mula hangat selepas seorang anggota polis meminta orang ramai
termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah selepas individu
yang direman dibawa keluar.
Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack serta Ahli Parlimen Raub,
Tengku Zulpuri Raja Puji dilihat tidak berpuas hati sehingga berlaku sedikit
provokasi terhadap anggota polis yang memberikan arahan supaya keluar dari
kawasan itu.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian Musang
King direman dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Akhirnya tokey durian haram sedar negara ini ada Raja, sindir Shahaniza
- MB Pahang tetap mahu pekebun durian haram ‘kosongkan’ tanah
- KURANG AJAR: Pekebun durian haram sound polis bangsat
- Lihatlah berapa kurang ajarnya MP DAP Ronnie Liu terhadap pihak polis (3 video)
- Pekebun durian haram roboh 4 jambatan elak operasi musnah pokok Musang King
- Pekebun durian haram insaf, rayu operasi tebang ditangguh
Join our Telegram Channel