PETALING JAYA: Pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew berkongsi luahan rasa sambil
mengalirkan air mata susulan kontroversi menimpanya dengan penyanyi rap
Caprice yang mencuri perhatian ramai beberapa hari lalu.
“Saya susah nak benci orang, saya susah nak lawan orang.
“Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari
gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi
sedih,” katanya dalam klip video dalam aplikasi TikTok yang kemudian dikongsi
semula di laman youtube dan imuat naik semula dalam Instagram, @jentikhati.tv
Ebit berkata, beliau sebelum ini tidak mahu mengendahkan prasangka buruk orang
terhadapnya mengenai usaha yang beliau lakukan.
Katanya, beliau juga tidak akan membalas setiap mesej negatif dilemparkan
terhadapnya
“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan
siapa-siapa.
“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah
yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan,” katanya.
Namun katanya, kejian terhadap apa yang dilakukannya ketika ini dilihat
semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
“Walau kita cuba bawa kasih sayang dalam dunia tapi masih ada orang yang benci
kita.
“Dulu saya jahat, bila kita cuba buat baik tapi ujian itu tidak henti-henti,”
katanya.
Bagaimanapun katanya, beliau percaya dunia kan kembali seperti zaman
Rasulullah, di mana semua orang saling mengasihi saling menyayangi dan
menghormati antara satu sama lain.
Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit
kerana mendakwa menerima rungutan daripada penduduk Gaza berhubung cara
pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan baru-baru ini.
Dia juga mendakwa Ebit hanya menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza demi
tarikan bahan kandungan di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Caprice, Ustaz Ebit Lew gaduh teruk, ini sebenar puncanya... (16 gambar)
- [Video] Caprice menangis cerita pada Sharnaaz hal Ustaz Ebit berak di Gaza
- Pembantu Ebit Lew jawab fitnah Caprice, mana ada ustaz melutut cium kaki menteri Gaza
- Firdaus Wong sokong Caprice
- TMJ pertahan Ebit Lew kecam Caprice
- Campur tangan politik punca tak dapat masuk Gaza bersama Ebit Lew, dakwa Caprice
- I stand with you, Ebit Lew – Najib Razak
- Mesir tak izin rombongan Azeez, Caprice masuk ke Gaza
- Netizen tanya Caprice tak ikut Azeez Rahim agih bantuan di kem pelarian Gaza ke?
- Netizen pelik PA Ustaz Ebit Lew tak cucuk vaksin tapi dapat ke luar negara
- Saya sedih bila orang nak cari gaduh dengan saya, cakap bukan-bukan terhadap saya, kata Ebit Lew
- Cara Ustaz Ebit Lew masuk ke Gaza salah, dakwa Nadir
- Caprice mintak maaf pada TMJ, Ebit Lew, Hishammuddin, Azeez Rahim
Join our Telegram Channel