Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan gelabah menyerang itu dan ini.
Nasihat saya tenang-tenang sahaja.
Dalam hidup perlu bertenang. Jika kurang bertenang boleh "stress". Kalau
"stress" terjejas kesihatan.
Maka banyakkan beristighfar. Sentiasa mengingati Allah S.W.T dan perbanyakkan
selawat kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kasihi rakyat dan negara.
Makcik Kiah dan Pak Saleh pun "bertenang" sahaja walau dapur lama kosong tidak
berasap.
Meskipun dalam hati mereka tiada siapa yang tahu. Hanya Yang Maha Esa lagi
Maha mengerti Maha mengetahui lagi Maha mengasihani.
Saya dan UMNO pula terlalu risaukan mereka. Sebab itu kami kerap 'menegur
saling mengingatkan'.
Sesungguhnya masa itu tidak dapat kita putarkan kembali.
Jangan pula kita menjadi dalam golongan manusia yang sentiasa dalam kerugian.
Hanya mereka yang beriman dan beramal soleh, sentiasa 'Berpesan-pesan kepada
kebenaran, berpesan-pesan kepada kesabaran'. Surah Al-Asr ayat 1 - 3.
Tidak mengapa memang tanggungjawab parti keramat UMNO membela nasib rakyat.
Namun suka juga saya menasihatkan cukup-cukuplah membuat pelbagai spekulasi
dan khabar angin yang menambahkan lagi dosa kering.
Jangan ditambah dosa kering, dosa yang ada pun tidak terkira banyaknya, ibarat
buih-buih dilautan banyaknya.
Bersamalah kita perbanyakkan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T
yang Maha pengampun lagi Maha penyayang.
Andaian demi andaian sebagai senjata menyerang sosok ini bukan pengubat
"stress".
Hati yang tenang dan damai paling mujarab. Begitu jua saya menguruskan dalam
sesuatu perkara.
InsyaAllah dalam ketenangan ada hikmah dan bijaksana. Yang pasti UMNO tetap
dipertahankan.
Yang pasti UMNO terus bangkit. Yang pasti rakyat dan negara jadi keutamaan.
Walau ditekan, dihenyak, dipalu, tiada sesalan demi UMNO. Demi sebuah
perjuangan. Demi rakyat dan negara.
Kepada Allah jualah kita berserah dan bertawakal.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Buka Parlimen dalam masa 14 hari, atau... – Zahid
- TERKINI: Mesyuarat UMNO putus keluar dari kerajaan PN dalam masa 14 hari
- Najib pertahan Zahid, Parlimen boleh bersidang notis 14 hari, jangan tipu rakyat
- Ahmad Maslan dedah senarai Biro Politik UMNO yang buat keputusan keluar PN
- Tolak pemimpin derhaka titah Agong, Raja-Raja – Najib
- Tempoh 14 hari buka Parlimen tamat hari ini, apa akan jadi?
- TERKINI: PN bakal tumbang, 2 menteri Umno, 5 Ahli Parlimen setuju keluar kerajaan
- Puad yakin Umno akan keluar PN sebelum 1 Ogos
- PANAS: Lebih 76 ribu undi, 82% mahu UMNO keluar dari PN
- No Anwar, No DAP, No PPBM
- Tak payahlah buat dosa kering dengan khabar angin tentang saya – Zahid
Join our Telegram Channel