Terima kasih PM di atas perlantikan – Hisham



Terima kasih YAB Perdana Menteri di atas kepercayaan melantik saya selaku Menteri Kanan Luar Negeri.

Dengan pelantikan ini, saya akan mengetuai Kluster Keselamatan selain membantu YAB Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.


Saya sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik #COVID19, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar.

InsyaAllah saya akan galas tanggungjawab ini sebaiknya. 

Saya juga percaya, hanya dengan stabiliti, kesatuan dan kerjasama daripada semua pihak, kita mampu keluar daripada krisis ini bersama-sama.


Percayalah, apa jua jawatan dan kedudukan yang diamanahkan, pendirian saya tetap sama - hanya mahu bekerja demi rakyat dan negara dengan seikhlas hati.

Saya berdoa, semoga Allah SWT meredhai ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻

– Hishammuddin Hussein





 

Join our Telegram Channel
Telegram