TMJ pertahan Ebit Lew kecam Caprice



JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak tindakan segelintir individu yang hanya mementingkan diri sendiri selain mengejar publisiti semata-mata.

Tunku Ismail berkata demikian menerusi tulisan yang dimuat naik diruang komen Instagram miliknya, hrhcrownprinceofjohor semalam.

“Fikir negara dilanda krisis. Tetapi ada beberapa individu hanya memikirkan kepentingan peribadi dan kejar publisiti.


“Jaguh handal dalam social media (media sosial), on the ground no balls (di lapangan tiada apa-apa).

“Too many berpura-pura/fake (terlalu banyak berpura-pura), some people need backhand (ada orang nak kena tangan belakang),”tulis TMJ dalam komennya.

Tulisan itu dikatakan mempunyai kaitan kaitan dengan kontroversi yang tercetus selepas penyanyi rap dan usahawan, Caprice mempersoalkan tingkah laku Ustaz Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.


Terdahulu, Tunku Ismail memuat naik sekeping gambar dengan memuat naik jam pasir sehingga mencetuskan tanda tanya pengikutnya.

Ustaz Ebit Lew kemudiannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Ismail di atas keperihatinan bertanyakan khabar di atas pemergian ayahnya akibat kanser perut pada Selasa lalu.

Tunku Ismail memberi respon dengan memberikan kata-kata semangat buat Ustaz Ebit supaya terus berdakwah dan membantu rakyat. – Kosmo


ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram