Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin atas kepercayaan ini. Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala di atas pelantikan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia.
Pada masa yang sama, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan
Presiden UMNO, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan
parti.
Terima kasih juga kepada Ahli-Ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin parti politik
dan seluruh rakyat Malaysia. Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan
ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara.
Lantikan ini bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya adalah amanah dan
tanggungjawab yang berat khususnya ketika kita menghadapi Pandemik COVID-19
dan dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Doa saya semoga kita semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik
dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang.
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muhyiddin umum Ismail Sabri TPM, Hisham Menteri Kanan Keselamatan
- Terima kasih PM di atas perlantikan – Hisham
- MKT Umno dah putus tak terima jawatan TPM, kata Asyraf
- Tahniah Mael TPM, tunggu keputusan meeting malam ini – Najib
- Perlantikan TPM: Ismail ucap terima kasih kepada PM, Zahid, MP-MP dan seluruh rakyat Malaysia
- Pemimpin UMNO terkejut Ismail terima jawatan TPM tanpa restu parti
- Meeting MT UMNO panas, majoriti bertegas mahu keluar PN
- PANAS: Lebih 76 ribu undi, 82% mahu UMNO keluar dari PN
- Azmin ucap tahniah kepada Ismail Sabri, Hishammuddin
- UMNO tarik semula sokong, keluar PN serta merta
Join our Telegram Channel