Terang lagi jelas, UMNO tegas tidak calonkan Anwar, DAP



KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan menyokong sebarang usaha untuk mecalonkan Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut telah ditegaskan ketika Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2020 yang lalu dan keputusan itu sama sekali tidak berubah.


“UMNO juga ingin tegaskan bahawa kami juga tidak mahu DAP dikepalai Pakatan Harapan (PH) dalam kepimpinan negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mesyuarat bersama MKT UMNO secara maya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam tadi. – Kosmo







Join our Telegram Channel
Telegram