PASIR SALAK – “Saya mohon maaf sekiranya menyinggung ramai pihak”.
Demikian jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi selepas ditanya pemberita tentang isu
pernikahan dirinya yang tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi
netizen.
Che Abdullah yang juga Ahli Parlimen Tumpat turut meminta orang ramai agar
memberi keadilan serta ruang untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan baik
selain meminta menghormati privasi keluarga beliau.
“Sebagaimana yang tular saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya isu
dikatakan mempunyai kaitan dengan saya dalam minggu ini menyingung mana-mana
pihak.
“Saya mohon semua pihak agar memberi keadilan dan ruang untuk saya selesaikan
isu ini dengan baik kerana ia sewajarnya ditanggani secara peribadi dan bukan
untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai,” katanya selepas melakukan lawatan
kerja di Jelapang Padi Seberang Perak di sini hari ini.
Tambahnya, dia merasa amat kesal dengan isu berkenaan yang bersifat sangat
peribadi.
“Isu sebegini sepatutnya tidak berlaku ia seolah berniat atau bermotif mahu
mengaibkan atau menjatuhkan maruah saya sekeluarga,” katanya.
Menurut Che Abdullah, dia bersama peguamnya sedang meneliti untuk mengambil
tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengaibkannya
seperti yang tular di media sosial.
“Ketika ini saya dapat nasihat daripada peguam dilantik dan akan ambil
tindakan terhadap pihak terlibat dan saya juga dinasihatkan untik tidak
mengulas lanjut berkenaan perkara ini,” katanya.
Che Abdullah turut memaklumkan isu pernikahannya yang menjadi tular sejak
beberapa hari lalu tidak menganggunya sedikit pun dalam menjalankan tugas
sebagai Timbalan Menteri.
Terdahulu, tular di laman sosial gambar dan video berkenaan seorang timbalan
menteri yang didakwa bernikah sekali lagi dengan seorang wanita yang
dilangsungkan di dalam negara melibatkan juru nikah di Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Viral video Timb Menteri nikah di siam ketika PKP penuh
- Sepatutnya ajar rakyat sabar, jadi kuat, gagah, bukan kibar #BenderaPutih – Timb Menteri
- PANAS: Majlis Islam Narathiwat nafi lulus nikah online Timb Menteri
- Call tak jawab, whatsapp tak reply, Timb Menteri terus membisu isu kahwin online siam
- Viral tu virallah nak buat macam mana, kata Timb Menteri isu nikah online Siam
Join our Telegram Channel