Kenderaan yang membawa Peguam Negara. |
KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba di pekarangan Istana
Negara di sini hari ini.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang membawa beliau tiba
kira-kira pukul 10.45 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Difahamkan, kehadiran Tan Sri Idrus Harun disusuli Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh yang memasuki menerusi Pintu 2,
Istana Negara.
Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu turut dipercayai akan dihadiri Ketua
Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis
Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Istana Negara kembali menjadi tumpuan
media hari ini bagi membuat liputan mengenai perkembangan terkini isu politik
negara.
Hampir 100 petugas media dari pelbagai agensi mula memenuhi kawasan di pintu
satu Istana Negara sejak 7 pagi, bagi menanti sebarang kemungkinan, termasuk
ketibaan pemimpin politik untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Ia susulan satu pengumuman besar berkenaan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang dijangka akan mempersembahkan keputusan peletakan
jawatan beliau. – Kosmo
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di pekarangan Istana Negara di sini, hari ini. |
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di
Istana Negara di sini hari ini.
Kenderaan yang membawa Datuk Seri Acryl Sani itu tiba kira-kira pukul 11.15
pagi.
Difahamkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim turut
dipercayai menyertai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Terdahulu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang membawa
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba kira-kira pukul 10.45 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Peguam Negara, Ketua Polis Negara tiba di Istana Negara
- Mahiaddin tiba di Istana Negara
- PANAS: Muhyiddin letak jawatan, cadang bubar Parlimen
- ‘Ini mesyuarat Kabinet terakhir’, menteri PAS beri isyarat Muhyiddin tersungkur
- Kabinet sudah hantar surat letak jawatan - KJ
- Agong terima peletakan jawatan Muhyiddin
- Pengunduran bukan atas rasa bersalah – Takiyuddin
- Muhyiddin dilantik Perdana Menteri caretaker
- ‘Saya bukan lagi Menteri Kanan’ – Hishammuddin
- Bangga dapat berkhidmat – Azmin Ali
- PAS tak pernah serang Umno – Khairuddin
Join our Telegram Channel