Agong cadang tubuh kerajaan dengan kekuatan semua parti – Anwar



KUALA LUMPUR- Semua ketua parti politik mencapai persetujuan untuk memulakan politik baru sekali gus memadam politik cara lama yang bersifat menghukum,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang memberitahu dalam pertemuan dua jam di Istana Negara pada Isnin Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dititah untuk memulakan perubahan.


“Yang di-Pertuan Agong memulakan titah dengan kata-kata nasihat bahawa negara sekarang sedang berdepan kemelut politik Perlembagaan dan harus bersatu menghadapi COVID-19 dan juga ekonomi.

“Yang di-Pertuan Agong beritahu pemilihan calon Perdana Menteri kesembilan mesti ikut lunas Perlembagaan, yakni cari calon Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Maknanya menurut Baginda yang menang jangan jadi seperti yang pernah berlaku iaitu memakan yang kalah,” ujar Anwar ketika berkongsi perjalanan pertemuan hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah, Yang di-Pertuan Agong turut berpesan kerajaan baru yang bakal ditubuhkan mesti didirikan dengan kekuatan semua parti.


Justeru kata Anwar lagi, semua ketua parti yang hadir dalam pertemuan hari ini melontar pandangan dan pada akhirnya semua mencapai konsensus untuk menghentikan politik cara lama dengan cara menghukum dan harus menjurus semula ke arah membangun.

“Isu bukan pelantikan seorang Perdana Menteri baru, tapi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalannya mahu kerajaan yang digagas bersandarkan politik baru yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat,” katanya.

Hal demikian, boleh dikatakan kerajaan baru yang bakal dibentuk lebih kepada kerajaan perpaduan.  – SuaraTV



 

Join our Telegram Channel
Telegram