Akan ada lagi menteri UMNO letak jawatan – Ahmad Maslan



Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan memberi gambaran lebih ramai menteri daripada Umno akan meletakkan jawatan dalam tempoh 48 jam.

Perkembangan itu berlaku selepas Umno menyerahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan parti itu terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.


Ahmad berkata, langkah itu dimulakan oleh ahli parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah yang meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet hari ini.

"(Peletakan jawatan) menteri Umno ini telah dimulakan oleh Shamsul Anuar, kita menunggu apakah yang akan berlaku pada hari-hari berikutnya.

"Setakat ini kita menunggu dalam sejam dua, (atau) sehari ke dua hari lagi," lapor Sinar Harian.


Terdahulu, petang tadi Shamsul mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli.

Shamsul berkata langkah itu diambil susulan pendirian Umno yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin. – Mkini


Join our Telegram Channel
Telegram