KUALA LUMPUR: “Bidadari syurga saya pergi buat selamanya…”
Berita duka itu dikongsi pelakon dan usahawan, Shuib yang kehilangan isteri
tercinta, Siti Sarah Raissuddin selepas penyanyi itu menghembuskan nafas
terakhirnya pukul 5.13 pagi tadi.
Shuib memuat naik status berkenaan di Instagram miliknya.
“5.13 minit pagi, 9 Ogos 2021. Bidadari syurga saya pergi buat selamanya.
“Mohon sedekahkan Al Fatihah. Siti Sarah Raissuddin,” kongsinya.
Bintang seni itu menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Berita duka itu juga telah disampaikan pihak pengurusan penyanyi tersebut,
Indigital Music.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti
Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta
sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,”
kata kenyataan itu.
Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan
jangkitan Covid-19.
Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan
untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh
bulan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel