PETALING JAYA – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa satu pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tun Dr Mahathir Mohamad berlangsung hari ini.
Katanya pertemuan itu dibuat siang tadi namun tidak memperincikan tujuan pertemuan itu dibuat.
“Saya difahamkan ada pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya ketiak ditemui di pejabat Presiden PKR, di Bukit Gasing.
Ditanya mengenai pertemuan itu, Shamsul Iskandar berkata beliau tidak tahu mengenai kandungan pertemuan itu.
“Saya tidak tahu. Kita dapat maklumat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shamsul Iskandar turut mengesahkan tiada apa-apa mesyuarat tergempar yang dijadualkan malam ini.
“Hari ini tidak ada mesyuarat apa. Kita buat kenyataan sahaja. Rakyat mahu kerajaan dan pimpinan baru.
“Kita tunggu esok, kita dapat maklumat seperti yang dikhabarkan Perdana Menteri akan meletakkan jawatan,” katanya lagi.
Sepanjang hari ini pelbagai spekulasi timbul ekoran laporan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok untuk meletakkan jawatan kerana kehilangan majoriti di Parlimen.
Dalam pada itu, satu pertemuan di buat di sebuah hotel di ibu negara dihadiri beberapa ahli Parlimen termasuk Ismail Sabri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Pemimpin Bersatu berkumpul di pejabat PN di Publika selepas kecoh Mahiaddin letak jawatan
- TERKINI: Redzuan sahkan Muhyiddin persembah surat peletakan jawatan esok
- Khairy mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang berkhidmat
- Pembangkang mesyuarat calonkan Dr M sebagai PM kali ke-3, Anwar calon PM PRU15
- Ismail Sabri jumpa Zahid dapatkan sokongan untuk jadi PM
- Ismail Sabri adakan pertemuan dengan Dr M
- Keputusan Muhyiddin letak jawatan PM tepat, kata MIC
Join our Telegram Channel