Pembangkang mesyuarat calonkan Dr M sebagai PM kali ke-3, Anwar calon PM PRU15



Kuala Lumpur – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan perjumpaan dengan pemimpin parti-parti di luar kerajaan malam ini bagi mendapatkan sokongan sebagai calon Perdana Menteri.

Pertemuan malam ini dijangka akan dihadiri oleh Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP), Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang).


Anwar dijangka memohon sokongan semua pihak bagi mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri kerana mempunyai sokongan luar sekitar 20 orang.

Sementera itu Pejuang dan Warisan dikatakan hanya akan menyokong sebarang pencalonan Perdana Menteri sekiranya ia membabitkan persetujuan Tun dr Mahathir Mohamad.

Antara persetujuan yang boleh dicapai oleh mereka ialah Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga pilihan raya umum sebelum menyerah kepada Anwar memimpin gabungan ini masuk ke dalam pilihan raya. – SuaraTV 



 

Join our Telegram Channel
Telegram