PETALING JAYA- Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir
Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan penyanyi Siti Sarah pernah menyertai ibadah
korban di Palestin dengan menyumbangkan lembu bernilai ribuan ringgit.
Menurutnya, beliau telah dihubungi pelantun lagu Kesetiaan itu sebelum
Aidiladha lalu dengan memaklumkan mahu menyertai program korban di bumi Gaza.
“Masa itu saja terkejut beliau (Siti Sarah) nak korbankan seekor lembu dengan
harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian sahaja, seolah beliau sedang
mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.
“Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan
saudara-saudara di Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook tadi.
Difahamkan, harga satu bahagian lembu bagi ibadah korban di Palestin bernilai
RM1,900.
Berat bagi seekor lembu di Palestin pula antara 550 hingga 600 kilogram seekor
yang memanfaatkan hampir 1,500 orang.
Katanya lagi, nyawa Siti Sarah diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat,
peduli dengan nasib selain didoakan oleh ratusan penduduk di bumi Palestin
yang pernah merasa daging sumbangan arwah.
“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada
akhirat di bumi berkat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel