PANAS: Mahiaddin letak jawatan?



Putrajaya – Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan tentangan dari ahli-ahli parlimen Umno pro-kerajaan dan Pas dalam usaha beliau membentuk kerajaan bi-partisan sehingga Julai 2022.

Semalam dalam ucapan khas, Muhyiddin mengakui hilang majoriti dan menawarkan pembentukan kerajaan yang disokong oleh parti-parti politik pembangkang dalam meluluskan usul undi percaya terhadap beliau.


Bagaimanapun pengakuan hilang majoriti tersebut telah mewujudkan desakan agar beliau meletak jawatan secara segera bukannya menunggu sidang Parlimen.

Muhyiddin dijangka bertemu dengan beberapa orang menteri kabinet pagi ini bagi memaklumkan keputusannya untuk bertemu DYMM YDP Agong bagi mempersembahkan peletakan jawatannya.

Beberapa ahli Parlimen Umno memberitahu SuaraTv mereka tidak diberitahu mengenai the new deal tersebut dan merasa kecewa dengan pengumuman Perdana Menteri semalam.


Masalah yang sama berlaku dalam Pas apabila mereka tidak dimaklumkan dengan jelas bentuk new deal tersebut.

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang makluman dari Pejabat Perdana Menteri mengenai situasi ini. – SuaraTV



Join our Telegram Channel
Telegram