Saya maafkan sesiapa cuba jatuhkan saya – Ebit Lew



KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berkenaan kes fitnah yang melampau terhadap dirinya.

“Saya hadir memberi kerjasama sebagai saksi kepada kes ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.


“Fitnah yang saya terima ini begitu kejam dan melampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.

“Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai mati,” katanya disini hari ini.

Ebit Lew dipanggil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan seksual. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram