Ketika Perikatan Nasional (PN) diasak oleh pembangkang dan Umno, seorang pemimpin Pemuda PAS tampil membela gabungan itu.
Senator Khairil Nizam Khirudin berpendapat apa yang berlaku akhir-akhir ini adalah langkah mensabotaj rancangan dan gerak kerja kerajaan melawan Covid-19 serta memberi bantuan kepada rakyat.
"Mereka yang berada dalam 'kluster mahkamah' telah sanggup memperjudikan nasib rakyat ketika pandemik demi menyelamatkan diri mereka daripada tindakan undang-undang.
"Bagi yang memilih meninggalkan saf, selamat jalan. You've made your decision (Anda sudah membuat keputusan)," katanya dalam kenyataan di media sosial.
Kluster mahkamah yang dipetik Khairil Nizam itu merujuk kepada beberapa ahli parlimen Umno yang konsisten mahu agar Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Antara pemimpin Umno yang sedang dibicarakan ialah presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.
Bagaimanapun untuk rekod tidak semua kumpulan terbabit mempunyai kes mahkamah. Antaranya ialah Ahli Parlimen Pengerang yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, dan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Untuk rekod PAS sebelum ini memeterai piagam untuk bersama Umno melalui Muafakat Nasional. Bagaimanapun selepas PN ditubuhkan PAS menyertai gabungan berkenaan dan hubungan mereka dengan Umno mula renggang sejak itu.
Hari ini PAS menyatakan pendirian mereka untuk kekal menyokong PN dan Muhyiddin.
Kata Khairil Nizam dia kekal teguh untuk terus mendukung PN.
Dia yang juga ketua Pemuda PAS Pusat mengakui ada kelemahan yang berlaku namun tidak sekali-kali sanggup meninggalkan "sahabat" yang susah kerana ia bukan amalan yang baik.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Setia dengan UMNO, Menteri tenaga letak jawatan
- UMNO berpihak kepada Agong, tarik sokongan kepada Mahiaddin, Kerajaan PN
- Sekurang-kurangnya 10 MP di belakang Zahid: Muhyiddin kini hilang majoriti
- PAS akan adakan mesyuarat tergempar
- Akan ada lagi menteri UMNO letak jawatan – Ahmad Maslan
- Noraini dijangka ikuti jejak Shamsul, lepas jawatan kabinet
- Muhyiddin masih kekal PM ada 115 sokongan
- TPM, menteri kanan berkumpul di rumah Muhyiddin
- TERKINI: 14 MP UMNO telah tarik sokongan kepada PN, kata sumber
- Harap jumpa Agong esok letak jawatan, jangan bubar Parlimen pulak, Puad nasihat PM
- Ismail Sabri bertemu sekumpulan MP UMNO
- Hanya dua tiga orang letak jawatan, itu pun belum ‘confirm’
- PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
- Muhyiddin akan buat pengumuman khas
- Muhyiddin tegas tak nak letak jawatan, dakwa masih ada sokongan, akan buat undi percaya di Parlimen
- PANAS: Ini respon Najib terhadap perutusan khas Mahiaddin
- Khaled Nordin letak jawatan esok
- TPM dijangka umum perkara ‘penting’ petang ini, kata sumber
- Mahdzir Khalid Menteri Tenaga dan Sumber Asli baharu?
- Najib: Kalau nak gugur kes baik bodek Mahiaddin, bukan lawan
- Senator PAS ucap selamat jalan kepada 'kluster mahkamah'
Join our Telegram Channel