Kuala Lumpur: Pendedahan menakutkan dan pastinya menggerunkan golongan ibu
bapa yang memiliki anak perempuan.
Ia hasil kajian sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana
sembilan daripada 10 remaja perempuan bermasalah yang ditemu bual mengaku
ketagih seks walaupun menyedari perkara itu melanggar moral dan berdosa di
sisi agama.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah
Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,
Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, Pegawai Psikologi D11 sedang
menyiapkan kajian berkaitan isu itu membabitkan ribuan golongan remaja wanita
yang terbabit dalam kes rogol atau disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun
Keseksaan.
Menurutnya, pihaknya mendapati golongan remaja yang pertama kali terjerumus
melakukan hubungan seks bebas sudah mula ketagih untuk mengulanginya lagi.
"Lebih membimbangkan apabila mereka ini membabitkan remaja berusia belasan
tahun. Ramai antaranya berusia 16 tahun ke bawah.
"Kajian mendapati kebanyakan mereka ini mempunyai tahap keinginan seks yang
tinggi.
"Pada awal tahun ini sahaja, pasukan D11 sudah menerima dua kes membabitkan
remaja perempuan yang menawar khidmat seks. Mereka ini melakukan hubungan seks
bagi tujuan kepuasan dan keseronokan sendiri.
"Ada satu kes itu, remaja terbabit sudah menawarkan khidmat itu kepada enam
pelanggannya, malah ketika ditemu bual mereka memberitahu sudah mula ketagih
untuk melakukannya.
"Lebih memburukkan keadaan apabila ahli keluarga tidak mengetahui kegiatan
luar dilakukan anak mereka ini. Mereka mempercayai bulat-bulat anak mereka,"
katanya eksklusif kepada Harian Metro.
Siti Kamsiah berkata, ketika ditemu bual, remaja perempuan terbabit mengakui
dan menyedari perbuatan itu salah di sisi agama serta merosakkan masa depan.
"Bagaimanapun perbuatan ini sukar dibendung berikutan ibu bapa tidak memantau
pergerakan anak perempuan masing-masing menyebabkan mereka berani
melakukannya.
"Mereka tidak diajar panduan menjalani kehidupan sebagai anak dan remaja
hingga akhirnya terjebak dengan kegiatan itu.
"Mereka ini tiada ejen sebaliknya menggunakan media sosial untuk mencari
pelanggan. Mereka sanggup menawarkan diri serendah RM50 untuk melakukan
hubungan terlarang itu.
"Namun hasil temu bual dilakukan, wang bukanlah perkara utama namun kepuasan
dapat melakukan hubungan seks lebih menjadi keutamaan," katanya.
Beliau berkata, kegiatan ini harus dibendung supaya tidak menular dalam
komuniti masyarakat.
"Lebih menggusarkan jika ada individu mengambil kesempatan ke atas mereka.
Golongan remaja ini tidak dididik secara sempurna manakala ibu bapa pula tidak
mempunyai ilmu dan memberikan kefahaman agama mencukupi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel