KUALA LUMPUR – Kerajaan bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih menyeluruh, jangka masa panjang selain memudahkan rakyat faham mengenai COVID-19 yang akan memasuki fasa endemik.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, SOP itu bakal merangkumi tiga tunggak utama iaitu kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
“Perancangan kita akan boleh terus ditambah baik… saya harap SOP (yang) bakal diumumkan kerajaan lebih bersifat menyeluruh jangka masa panjang, mudah difahami dan menjamin tiga tunggak utama kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
“Antara arahan utama diberikan Perdana Menteri adalah untuk menilai dan memperkemaskan SOP yang telah diumumkan sebelum ini dari semasa ke semasa,” katanya memetik Astro Awani pada Khamis.
Selain itu, kata Hishammuddin, pada masa sama orang ramai boleh memberikan maklum balas menerusi platform yang disediakan agar kerajaan dapat mendengar setiap cadangan rakyat.
Beliau berkata, tindakan itu bagi memudahkan cara penyampaian SOP dibuat serta dapat mengimbangi tiga tunggak utama terbabit.
“Kita (akan) pastikan SOP ini mengimbangi tuntutan kesihatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, mudah difahami oleh orang ramai, supaya tidak ada polemik dan isu yang menular sehingga perkara baik yang diterima ramai tidak dapat dilaksanakan kerana segelintir mereka tidak yakin dengan apa kita laksanakan ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel