PETALING JAYA – Kisah kecurangan pasangan suami isteri sering kali kita dengar
dan baca di media sosial sebelum ini, malah kejadian seperti ini seolah-olah
semakin menjadi-jadi ketika ini.
Terbaru, satu video tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki hilang
kata-kata selepas mendakwa ternampak isterinya bersama seorang individu lain
di rumah mereka dipercayai di Jalan Bukit Katil, Melaka baru-baru ini.
Seorang pengguna TikTok, @deejayfaz_official3 yang memuat naik video tersebut
memaparkan lelaki tersebut mendakwa dia tertinggal barang dan berpatah semula
ke rumah sebelum ternampak kejadian yang tidak diingini itu.
Rakaman berdurasi 44 saat itu turut kedengaran suaranya tercungap-cungap
menahan marah ketika berada di luar pagar rumah selain bertanya kepada
isterinya jika wanita berkenaan melakukan hubungan mesra dengan orang lain.
“Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ya tuhanku! Saya cari duit
bang, macam ni dia balas. Pukul 3, 4 pagi baru saya tidur,” luahnya dipercayai
kepada seorang lagi individu lain.
Kejadian berkenaan mendapat pelbagai reaksi orang ramai, rata-rata mengutuk
kejadian tersebut dan menjelaskan agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang
sewajarnya.
“Kesihan abang ni, keluar rumah semata-mata cari rezeki untuk keluarga, tapi
bini dia buat benda terkutuk ni. Hukum Islam wajib direjam, geram pula aku
tengok,” jelas Nik Furss.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel