Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, sudah memberikan ‘amaran’ kepada semua
Menteri dan Timbalan Menteri yang baru dilantik supaya membuktikan keupayaan
mereka di dalam masa 100 hari.
Tapi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama Islam),
Idris Ahmad, pernah berkata, beliau cuma memerlukan 5 hari sahaja untuk
melakukan perubahan.
Namun, dari pemerhatian skuad Edisi Siasat, seawal hari pertama memasuki
pejabat, Idris sudah memulakan langkah sumbang.
Dalam satu gambar yang tular di media sosial, tindakan Idris memuat naik di
media sosial, gambar beliau yang sedang melakukan solat di pejabat beliau
telah menjadi pertikaian netizen apabila mereka mengesan sesuatu yang agak
meragukan.
Bagi skuad Edisi Siasat, tindakan Idris melakukan solat di pejabat beliau
adalah satu tindakan yang terpuji, namun, persoalan yang dilemparkan oleh
netizen juga ada asasnya.
Dalam gambar dengan posisi Idris mengangkat tangan untuk berdoa, kelihatan
anak mata Idris seolah-olah sedang menjeling ke arah kamera.
Skuad Edisi Siasat tidak pasti, apakah motif sebenar atau keperluan Idris
memuatnaik gambar tersebut, tapi yang pastinya tindakan sebegitu boleh membuka
ruang untuk fitnah.
Dan ianya terbukti apabila mendapat kecaman dari pihak netizen.
Bukan mempertikaikan keikhlasan Idris dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT,
tetapi, eloklah Idris menghayati peringatan yang diberikan oleh Ustaz Auni
Mohamed ini.
Sebenarnya, banyak lagi perkara yang jauh lebih penting untuk Idris lakukan,
menyediakan perancangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI)
untuk membongkar skandal penjualan aset Tabung Haji di era Pakatan Harapan.
Begitu juga agenda memartabatkan Undang-Undang Syariah melalui pindaan Rang
Undang Undang 355 yang selama ini PAS perjuangkan.
Penting juga Idris tumpukan perhatian kepada masalah bilangan orang Islam yang
murtad di mana semakin hari semakin bertambah bilangannya.
Masalah LGBT juga seharusnya mendapat perhatian utama Idris kerana ianya
bersangkutan dengan akidah dan akhlak umat Islam di Malaysia.
Join our Telegram Channel