Range Rover di padang pasir, netizen menyesal percaya 'jihad' Caprice ke Gaza



Hampir dua bulan berada di Jordan, penyanyi rap Caprice mengakui rindukan keluarga dan perniagannya serta bakal pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

Meskipun tidak berjaya masuk ke Gaza seperti yang diimpikan, Caprice berkata dia bertemu rakan baru di Jordan yang banyak membantunya menjayakan misi di sana.


Perkongsian terbaru Caprice di IG Story menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video pendek dirinya menaiki kenderaan Range Rover mewah difahamkan untuk video klip lagu terbarunya.

Video tersebut dimuat naik oleh netizen di laman Twitter yang mempersoalkan adakah itu jihad penyanyi rap itu dengan menghasilkan lagu bersama artis di negara tersebut?


Malah, ada segelintir netizen mempersoalkan kembali apa tujuan Caprice ke negara tersebut. Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mencadangkan kepada penyanyi rap itu untuk membuat penggambaran di Pantai Klebang Melaka yang turut mempunyai tempat seperti padang pasir.

Sementara itu, menerusi beberapa perkongsian lain, Caprice turut memuat naik foto mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat-sahabatnya di sana sebelum pulang ke Malaysia. – RotiKaya



Join our Telegram Channel
Telegram