Nama pelakon Janna Nick sebelum ini pernah hangat diperkatakan selepas terpalit
kontroversi. Terikini, bekas pengacara program Melodi' itu sekali lagi menjadi
bualan.
Perkongsian foto terbaru Janna di laman Instagram, mengejutkan ramai pihak
yang mendakwa melihat pakaiannya yang mempunyai belah di bahagian dada. Malah,
ada yang tertanya-tanya apabila melihat warnanya seakan warna kulit.
Meninjau ke bahagian komen, rata-rata netizen menegur pelakon tersebut agar
menutup belahan baju di bahagian dadanya.
Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan adakah ianya sengaja atau tidak
sengaja.
Dalam pada itu, ada netizen mempersoalkan adakah Janna atau nama sebenarnya
Nurul Jannah Muner, tidak perasan sebelum memuat naik foto tersebut di media
sosial miliknya.
Join our Telegram Channel