SOP Covid-19 akan dikurangkan kepada 10 sahaja – Hishammuddin



Kerajaan merancang untuk mengurangkan butiran prosedur operasi standard (SOP) bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) daripada 181 menjadi hanya 10 dalam tidak lama lagi.

Menurut Luar Negara (Kluster Keselamatan) Hishammuddin Hussein, ia dijangka dibuat menjelang peralihan negara ke fasa endemik yang dilaksanakan pada akhir Oktober ini.


“Saya bersama tiga lagi menteri turut akan memperhalusi usaha ke arah memperkemas SOP sedia ada supaya ia lebih difahami rakyat, golongan industri dan pihak yang menjalankan penguatkuasaan.

“Buat masa ini, terdapat 181 SOP merangkumi keempat-empat fasa PPN.


"Menerusi usaha memperkemaskan semula SOP berkenaan, matlamatnya adalah untuk mengurangkannya hanya kepada 10 SOP.

“Langkah memperkemas SOP yang telah diguna pakai selama lebih setahun ini tentunya akan mengambil sedikit masa namun kerajaan komited untuk menyelesaikannya sebelum peralihan ke fasa endemik,” katanya pada sidang media khas menteri kanan pertahanan di bilik media Parlimen hari ini. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram