Akhirnya terdedah Najib rembat perabot, renovate Seri Perdana RM65 juta hanya fitnah pro PN



Dengan mendedahan beberapa gambar keadaan Seri Perdana dengan lantai yang basah, page pro-PN Otai tuduh saya dan keluarga saya banyak merosakkan Seri Perdana. 

Tapi jelas di sana bahawa ianya tertulis keadaan tersebut berlaku akibat hujan lebat pada November 2020.

Saya tak tinggal di sana sejak lebih 3 tahun dahulu. Jadi bagaimana pula saya dikatakan bertanggung jawab atas keadaan dalam gambar-gambar bulan Nov 2020 pulak?


Page itu juga mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan barang-barang yang dipindah keluar saya.

Jelas kelihatan bahawa hampir kesemuanya adalah kotak-kotak yang tidak besar untuk simpan cenderahati (ratusan yang saya pernah terima selepas 9 tahun), hadiah, buku-buku (ya, sesiapa yang pernah lawat di sana saya masa saya PM tahu bahawa saya ada koleksi buku yang agak besar di mini library sana masa itu) dan barang-barang sederhana kecil - bukanlah perabot-perabot besar atau mahal.

Perabot-perabot yang saya pindah pun jelas kelihatan usang dalam gambar-gambar tersebut.

Lalu page Otai tuduh Seri Perdana seperti berhantu sebab keluarga saya pernah tinggal di sana.

Lihat posting Otai di sini.


Walaupun pernah difitnah DAP pada tahun 2010 (akibat salah faham mereka terhadap bajet 2011) bahawa saya nak renovate Seri Perdana dengan kos RM65 juta, ini tidak berlaku.

Sekiranya sahih, cerita bahawa "Najib belanja RM65 juta untuk renovate Seri Perdana" akan diulang-ulang mereka selama bertahun-tahun lamanya tapi ini tidak berlaku.

Sebaliknya, tuduhan itu terhenti sahaja masa itu.

Jadi, jangan fitnah saya lagi berhubung tohmahan RM65 juta itu.

– Najib Razak



Join our Telegram Channel
Telegram