SEBAK: 10 tahun tunggu dapat zuriat, Azmi Saat redha anak meninggal dunia selepas 3 hari lahir



Cahaya mata sulung kepada penyanyi Azmi Saat iaitu Khairul Afnan disahkan meninggal dunia sebenar tadi akibat masalah kesihatan di sebuah hospital swasta, Kuala Lumpur.

Menerusi laman Instagram, ahli kumpulan Caliph Buskers itu reda dengan pemergian bayi yang baru dilahirkan pada 27 September lalu itu.


“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulisnya.

Rata-rata rakan artis dan pengikutnya bersedih atas pemergian anak pertama pasangan itu selain mendoakan agar Azmi dan isterinya Nazira Muhammad tabah menghadapi ujian Allah SWT.


Sebelum ini, penyanyi lagu Hanya NamaMu itu memaklumkan bayi lelaki mereka kurang sihat sebelum menatap wajah Afnan buat kali terakhir.

Terdahulu, pasangan tersebut gembira dengan kehadiran Afnan selepas menanti selama 10 tahun bagi memiliki zuriat sendiri. – Ohmymedia














Join our Telegram Channel
Telegram