Beberapa lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka dijangka akan turut menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali daripada Barisan Nasional.
Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mendedahkan perincian lanjut.
“Kami yakin ada lagi akan bersama membentuk kerajaan negeri (baru) dalam kerangka perubahan” katanya yang juga seorang peguam.
Shamsul berkata, perkara itu dijangka diumumkan sebelum proses menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Mohd Rustam, yang dijangka dalam masa terdekat.
“Kerajaan Melaka telah tumbang.
“Berdasarkan duluan di peringkat pusat dalam kes (perdana menteri sebelum ini) Muhyiddin Yassin, ketua menteri akan meletakkan jawatan,” katanya.
Shamsul Iskandar menjangkakan teka-teka pembentukan kerajaan baru di Melaka akan tamat tidak lama lagi.
Bekas ketua menteri Idris Haron yang juga Adun Sungai Udang awal petang ini mengumumkan bahawa dia dan tiga lagi wakil rakyat (bawah) hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan kepimpinan kerajaan.
Mereka bersama 11 lagi Adun Pakatan Harapan (PH) juga memohon untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, dijangka bagi mempersembahkan majoriti bagi membentuk kerajaan baru.
PH mempunyai 11 daripada 28 Adun di Melaka - masing-masing tujuh daripada DAP, dua dariapda PKR sementara dua lagi daripada Amanah.
Dengan sokongan empat Adun yang beralih arah hari ini, mereka mempunyai majoriti tipis untuk membentuk kerajaan baru.
Sementara itu, berkaitan calon Ketua Menteri baru, Malaysiakini difahamkam Idris menjadi calon tunggal ketua menteri bagi PH dan kumpulan empat Adun itu.
Pemilihan itu dibuat atas dasar “taktikal” politik bagi menarik lebih ramai Adun BN supaya kerajaan yang dibentuk lebih kukuh.
PH mempunyai 11 Adun di Melaka masing-masing tujuh dari DAP, dua PKR sementara dua daripada Amanah. DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Kerajaan Melaka bakal tumbang dalam masa terdekat – Sumber
- Guling KM Melaka bukan usaha PH – Sumber PKR
- Tiada lompatan, tiada masalah dengan KM, Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri
- Bukan spekulasi, SD 4 ADUN telah dibawa keluar dari Melaka
- Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang
- PH, Idris Haron mohon menghadap YDP Melaka
- Keahlian Idris Haron, Nor Azman gugur serta-merta
- Istana Melaka belum terima surat
- Idris calon KM tunggal, lagi Adun dijangka menyeberang
- Melaka bakal PRN, mandat rakyat memilih kerajaan – Zahid
- Umno Melaka serah TYT, tapi TYT masih kuarantin
- Hubungan saya dengan mereka baik, siap lantik exco lagi – Sulaiman
Join our Telegram Channel