Idris bukan team player, masih mahu jadi CM, kecewa tak dilantik – Ab Rauf



Sebenarnya…penerangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka di dalam wawancara Sinar semalam dah jelaskan banyak perkara berkenaan krisis politik Melaka.

Nabeel cuba rumuskan yang penting-penting.

1. Krisis politik Melaka berpunca dari DS Idris Haron yang bukan merupakan team player yang baik. Beliau masih mahu menjadi CM dan kecewa tidak dilantik.

Tidak seperti bekas-bekas MB di negeri yang tewas ketika PRU ke 14 seperti Johor, Nismilan, Perak, Ganu dan Kedah yang membantu untuk UMNO bangkit dan memperkasakan UMNO.

Idris tidak sedemikian.


2. Serangan politik yang dilakukan oleh Idris yang menyebabkan kerajaan negeri tumbang itu adalah sesuatu yang tidak dijangka langsung oleh UMNO.

UMNO telah diserang hendap.

Idris tidak pernah menyuarakan rasa tidak puas hati di dalam mana-mana mesyuarat Exco atau UMNO. 

3. UMNO telah cuba mengelakkan PRN ketika musim pandemik Covid ini. UMNO malah telah sanggup berjumpa dengan DAP atas semangat MOU di peringkat Persekutuan untuk berbincang agar PRN dapat dielakkan. Lagipun, tak lama mana pun lagi nak PRU.

DAP telah menolak. 


4. Dalam keadaan itu, UMNO tidak ada pilihan melainkan memohon bubar DUN sejajar dengan Perlembagaan Negeri Melaka.

Pembubaran ini tidak bermakna PRN akan diadakan. Terpulang kepada kerajaan persekutuan khususnya MKN untuk menilai keselamatan dan kesesuaian diadakan PRN.

UMNO tak kisah pun sekiranya darurat atau MAGERAN negeri Melaka dilaksanakan.

Kalau PRN pun UMNO bersedia anytime.


5. UMNO tidak menolak kerjasama dengan mana-mana parti politik. Politik adalah seni 1001 kemungkinan.  Namun apa jua kerjasama hanya akan berlaku sekiranya mendapat kebenaran dari UMNO Pusat. 

UMNO juga bersedia untuk bertanding solo di negeri Melaka. No problem. 😎

Update: Presiden UMNO telah mengatakan “No way” terhadap kerjasama UMNO dan PPBM.

Pengerusi UMNO Melaka akur dengan keputusan itu. PPBM boleh pi mampus. 🤣

Nabeel Naqie




ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram