Belum reda lagi isu Ketua Menteri Melaka yang dikatakan menganut fahaman
Syiah, timbul lagi satu isu kini beliau memberi penghargaan yang besar
terhadap fahaman yang difatwakan sesat itu apabila memberi jemputan rasmi
sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri oleh Kerajaan Negeri Melaka.
Sebelum ini Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, Ketua Menteri
Melaka yang baharu, Adly Zahari berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan
laporan yang tular dalam media sosial yang mengaitkannya dengan ajaran Syiah
adalah tidak benar.
Namun setelah melihat gambar yang dimuat naik sendiri oleh Ketua Syiah
Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abdul Aziz di akaun facebook peribadinya,
rata-rata netizen menjadi keliru semula akan fahaman yang dianuti oleh Ketua
Menteri Melaka ini.
Seperti yang diketahui umum, ajaran syiah mengamalkan konsep 'taqiyah' yang
bermaksud berpura-pura. Fahaman syiah membenarkan amalan berpura-pura dan kita
sama sekali tidak akan tahu apa isi hati seseorang jika mereka mengamalkan
ajaran seperti ini.
Join our Telegram Channel