Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Nor Azman Hassan hari ini memohon maaf kepada rakyat Melaka berhubung peranannya sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
"Maafkan kami. Saya cakap ikhlas. Nangis saya bukan main-main. Saya minta maaf kepada rakyat Melaka.
"Kami buat ini untuk kamu semua. Tak ada kepentingan diri," katanya dengan linangan air mata dalam satu sidang media di Bandar Melaka hari ini.
Nor Azman adalah antara empat Adun yang menarik balik sokongan terhadap ketua menteri Melaka, Sulaiman Md Ali pada Isnin lalu.
Tiga Adun yang lain ialah Idris Haron (Umno-Sungai Udang), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Tindakan mereka mendorong Sulaiman menasihati Yang di-Pertua negeri Melaka, Ali Rustam untuk membubarkan DUN.
Langkah itu mendapat kritikan kerana pembubaran DUN akan membuka laluan kepada pilihan raya negeri yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari di tengah-tengah wabak Covid-19 yang melanda di seluruh negara. .
Antara mereka yang menimbulkan kebimbangan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, manakala Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi semalam mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan darurat di Melaka.
Sebelum ini, Nor Azman mendakwa berlaku penyelewengan dalam Zon Ekonomi Persiaran Pantai Melaka (M-Wez) - iaitu projek penambakan tanah secara besar-besaran - sebagai antara sebab dia menarik balik sokongan terhadap Sulaiman.
Namun, katanya dia hanya boleh mendedahkan bukti berkenaan jika dia dilantik menjadi ketua menteri.
"Kalau saya diberi memerintah Melaka ini, saya akan keluarkan semua sekali. Jangan khuatir dan risau, kami akan dengan bukti insyallah SPRM akan menjalankan tugas.
"Itu bukan saya niat jahat, tidak, saya berkepentingan untuk rakyat negeri Melaka.
"Come on-lah, habiskan duit rakyat buat M-Wez besar-besar macam itu, kita nak perbetulkan jangan pecahkan tanah laut ini," katanya.
Nor Azman juga menyatakan rasa kecewa apabila kerajaan negeri didakwa tidak memberikan sokongan moral apabila dia dirawat di hospital akibat Covid-19 baru-baru ini.
Sementara itu, Idris, yang menemani Nor Azman pada sidang media itu, berkata sekiranya parti itu ingin mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka, mereka mesti diberi hak untuk mempertahankan diri.
Idris berkata, kepimpinan Umno tidak pernah menghubungi dia dan Nor Azman untuk mengetahui mengapa mereka tidak berpuas hati.
Dia juga mempertahankan keputusan untuk tampil bersama Adun Pakatan Harapan pada sidang media kelmarin di mana dia mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan.
"Tolonglah, kena ambil DAP untuk dapat majoriti di masa depan (kalau) nak jadi kerajaan. Tak gunalah MCA ini. Tak gunalah MIC ini.
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Kerajaan Melaka bakal tumbang dalam masa terdekat – Sumber
- Guling KM Melaka bukan usaha PH – Sumber PKR
- Tiada lompatan, tiada masalah dengan KM, Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri
- Bukan spekulasi, SD 4 ADUN telah dibawa keluar dari Melaka
- Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang
- PH, Idris Haron mohon menghadap YDP Melaka
- Keahlian Idris Haron, Nor Azman gugur serta-merta
- Istana Melaka belum terima surat
- Idris calon KM tunggal, lagi Adun dijangka menyeberang
- Melaka bakal PRN, mandat rakyat memilih kerajaan – Zahid
- Umno Melaka serah TYT, tapi TYT masih kuarantin
- Hubungan saya dengan mereka baik, siap lantik exco lagi – Sulaiman
- Calon tunggal KM Idris Haron tolak PRN Melaka
- PM: PRN Melaka mungkin berlaku tapi terpulang kepada TYT
- KM Melaka nasihat TYT bubar DUN, keputusan dalam masa terdekat
- SAH! TYT perkenan bubar DUN, Melaka bakal PRN
- Dulu sya barua, sekarang bermaruah – Norhizam
- PRN Melaka dalam tempoh 60 hari, kata SPR
- ADUN Telok Mas (Bersatu) akui buat silap sertai ‘Langkah Sheraton’
- PRN Melaka dijangka tiga penjuru libatkan BN, PN, PH
- BERSATU, PAS Melaka ajak UMNO berunding elak saingan 3 penjuru
- Najib kecewa 4 ADUN tumbangkan kerajaan Melaka di saat ekonomi negeri baru dibuka
- RASMI: Idris Haron, Nor Azman dipecat dari UMNO
- PH Melaka mahu PRN, tolak darurat
- 'Nangis saya bukan main-main', Nor Azman rayu beri PH peluang tadbir kerajaan Melaka
- TERKINI: 15 ADUN Melaka ke Istana Negara
- DAP tolak pelawaan UMNO, sengaja biar Kerajaan Melaka tumbang walaupun sedar kesan pandemik, dedah Ab Rauf
Join our Telegram Channel