PETALING JAYA: Selepas seminggu spekulasi melanda politik Melaka, hari ini kerajaan negeri itu diketuai Ketua Menteri Sulaiman Md Ali tumbang.
Dalam satu sidang media, bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron daripada Umno bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Tiga lagi ADUN yang dilihat hadir pada sidang media adalah ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan.
“Kami dah tak menyokong kerajaan negeri dan meletakkan jawatan.
“Kami berempat menandakan kerajaan hari ini defisit sokongan. Pihak pembangkang bilangannya 11, tidak menyokong, tambah empat kami sekaligus kiraan itu menunjukkan kerajaan negeri hilang majoriti,” katanya.
Idris berkata, beliau dan dua lagi Exco iaitu Norhizam dan Noor Effandi sudah meletakkan jawatan mereka.
Tambahnya, beliau bersedia terhadap sebarang tindakan yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan Umno susulan sidang media dan pengumuman yang dibuat beliau hari ini.
Terdahulu, FMT melaporkan spekulasi kerajaan Melaka yang diterajui Umno bakal tumbang bertiup kencang selepas empat ADUN daripada Barisan Nasional (BN) dan Bersatu didakwa akan menyokong Pakatan Harapan (PH).
Bercakap kepada FMT, sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, perbincangan antara PH dan empat ADUN itu berlangsung sejak dua bulan lalu ketika ketegangan antara Umno dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencapai kemuncak. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Kerajaan Melaka bakal tumbang dalam masa terdekat – Sumber
- Guling KM Melaka bukan usaha PH – Sumber PKR
- Tiada lompatan, tiada masalah dengan KM, Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri
- Bukan spekulasi, SD 4 ADUN telah dibawa keluar dari Melaka
- Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang
- PH, Idris Haron mohon menghadap YDP Melaka
- Keahlian Idris Haron, Nor Azman gugur serta-merta
- Istana Melaka belum terima surat
- Idris calon KM tunggal, lagi Adun dijangka menyeberang
- Melaka bakal PRN, mandat rakyat memilih kerajaan – Zahid
- Umno Melaka serah TYT, tapi TYT masih kuarantin
- Hubungan saya dengan mereka baik, siap lantik exco lagi – Sulaiman
Please subscribe
Join our Telegram Channel