Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian tidak akan
bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November
depan.
Katanya, tidak timbul isu UMNO lambat membuat keputusan, sebaliknya perkara
itu sudah dimuktamadkan sejak Perhimpunan Agung UMNO dahulu.
“Untuk PPBM (Bersatu) kita tidak akan pernah bekerjasama dengan mereka,
noktah!
“Kita tidak lambat, dulu dah kita buat keputusan iaitu muktamadkan tidak akan
bekerjasama dengan PPBM sejak Perhimpunan Agung UMNO lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perjumpaan
kepimpinan UMNO Bahagian di Pejabat UMNO Hang Tuah Jaya, di sini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Datuk Seri
Utama Sulaiman Md Ali dan lain-lain kenamaan.
Dalam pada itu, mengulas sama ada, kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN)
yang merangkumi komponen parti dari Muafakat Nasional iaitu, PAS turut
berakhir, Ahmad Zahid belum mahu mengulas lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Idris Haron, YB Beliau, 2 adun lagi sah bersama PH
- DAP tak terima Norhizam dicalonkan sekali lagi – Guan Eng
- Siapa Guan Eng, DAP nak halang saya bertanding bawah PH? – YB Beliau
- AMK Kedah tidak mahu Idris, Norhizam, 2 lagi Adun sertai PKR
- Adly sanggah Guan Eng, Norhizam berhak sertai komponen PH
- Majoriti tolak, PH terpaksa mesyuarat bincang isu 4 Adun Melaka
- PH tolak Norhizam calon #PRNMelaka selepas disambut sebagai wira
- Nelayan Tanjong Kling tolak Nor Azman
- TERKINI: PN bertanding semua 28 kerusi #PRNMelaka – Mahiaddin
- UMNO tak akan bekerjasama dengan Bersatu, noktah! – Zahid
- Muhyiddin mahu pecah undi Melayu, sanggup bagi PH menang dari UMNO
- BACA ARTIKEL BERKAITAN KRISIS POLITIK MELAKA DI SINI
Join our Telegram Channel