PAkatan Harapan (PH) hari ini menamakan Naib Presiden Amanah Nasional, Adly Zahari, sebagai calon ketua menteri mereka.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH Anwar Ibrahim petang ini.
Untuk rekod Adly juga merupakan pengerusi PH Melaka.
Berucap sempena majlis pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan di Melaka, Anwar berkata pemimpin PH bersependapat bahawa sebarang usaha untuk mengembalikan mandat rakyat harus didukung bersama.
"Maka dengan ityu muafakat yang tercapai dalam kalangan pimpinan (PH) ialah meneruskan komitmen yang sama, dan dengan ini menamakan Adly Zahari sebagai aclon ketua menteri - insya-Allah - apabila PH menang nanti," katanya.
Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Adly.
Pencalonan ketua menteri menjadi satu daripada isu yang dilihat membuat gerak kerja kempen PH kurang tersusun apabila nama Idris Haron turut disebut-sebut akan dilantik ke jawatan tersebut jika gabungan terbabit mendapat kerusi majoriti.
Bagaimanapun DAP secara tegas menolak cadangan berkenaan sebaliknya mahu agar Adly - yang menjadi ketua menteri selepas PRU pada 2018 - dilantik semula ke jawatan berkenaan.
Idris merupakan bekas Adun Umno yang menggerakkan langkah menjatuhkan kerajaan BN-PN pimpinan Sulaiman Md Ali pada 4 Okt lalu.
Dalam PRN kali ini Idris - yang juga bekas timbalan menteri pengajian tinggi - bertanding sebagai calon PH di kawasan DUN Asahan.
Menurut Anwar, semua pemimpin dan parti dalam PH akan bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan kemenangan di semua 28 kerusi DUN yang ada.
Tambah ahli parlimen Port Dickson itu lagi, dia bersama Mohamad dan Lim akan membantu usaha berkempen di kerusi yang ditandingi PH sama ada ia diwakili PKR, Amanah atau DAP.
"Ini akan memberi signal yang jelas kepada rakyat bahawa satu-satunya pilihan yang ada untuk rakyat Melaka ialah PH," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel