#PRNMelaka: Belum dapat mandat sudah berani cemarkan surau



PRN Melaka: Belum Dapat Mandat Sudah Berani Cemarkan Surau!!!

Kebiadapan DAP memang sudah terbukti ketika 22 bulan menjadi kerajaan baik di peringkat pusat mahu pun di peringkat negeri.

2 kebiadapan ADUN DAP di Negeri Sembilan terhadap tanah wakaf masjid dan tanah wakaf perkuburan Islam masih segar dalam ingatan kita.

 
Insiden pertama adalah cubaan DAP untuk menukarkan tanah wakaf perkuburan Islam di Nilai, Negeri Sembilan, untuk dijadikan sebagai tanah perkuburan Hindu pernah dibongkar Edisi Siasat pada 21 September 2021.

Insiden yang kedua pula ialah pencerobohan tapak masjid oleh kuil Hindu yang berlaku di Taman Indah Baru, Taman Clonee2 dan Bandar Utama Tampin.

Dalam kedua-dua insiden, ADUN yang menjaga kawasan tersebut adalah dari PH/DAP.
 
Kini, Pengerusi DAP Melaka, Tay Kok Kiew, telah dipilih sebagai calon PH/DAP di DUN Bemban, Jasin.

Amat memeranjatkan bila Edisi Siasat dapati, bendera Pakatan Harapan di tegakkan papantanda Surau Haji Mohd Yasin, Pekan Bemban, Jasin.

Ini benar-benar peebiatan yang biadab.


Apakah Pakatan Harapan/DAP tiada tempat lain untuk berkempen, sehingga surau yang menjadi tempat ibadah umat Islam diperlakukan begitu sekali?

Bagaimana kalau parti lain menaikkan bendera parti mereka di papantanda tokong Cina atau tokong India?

Belum lagi mendapat mandat, DAP sudah menunjukkan kebiadapan mereka, jangan terkejut sekiranya dibeeikan mandat, tapak surau tersebut diambil untuk didirikan tokong Cina atau pun tokong India!!!

Kalau ianya boleh berlaku di Nilai dan Tampin, maka ianya juga boleh berlaku di Bemban, Jasin!!! – EdisiSiasat



Join our Telegram Channel
Telegram