#PRNMelaka: Walau bertembung dengan Umno, kami sayang MN, kata Timbalan Menteri PAS



SHAH ALAM: Pertembungan sesama sendiri antara Umno dan PAS di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka bukan pengakhiran hayat Muafakat Nasional yang digagaskan pada akhir 2019, kata seorang timbalan menteri PAS.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, PAS sangat sayang kepada kepada MN dan mahu rakan mereka, Umno turut meletakkan objektif penyatuan ummah sebagai asas bersahabat.


“Kita dah berusaha sedaya upaya. Inilah yang keluar pada PRN Melaka. Walaupun kita sangat sayang kepada MN, kalau boleh kita tak mahu (bertembung), kita dah cukup rasa terkesan dengan pertembungan Umno-PAS selama lebih 60 tahun.

“PRN bukan kata pemutus tidak ada lagi kerjasama Umno-PAS. Tidak. Biasalah Umno pernah berkuasa penuh, pernah jadi orang kuat dalam negara,” katanya kepada media selepas merasmikan CIAST, iaitu pusat rujukan tunggal penyedia latihan pengajar kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). – FMT

 

Join our Telegram Channel
Telegram