Anwar menyesal percaya Syed Saddiq, Muda



PORT DICKSON - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan pertembungan yang berlaku antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, pertembungan sebegitu tidak seharusnya berlaku kerana Pakatan Harapan (PH) telah membentuk kerjasama dengan Muda dan ia tidak berlaku antara rakan komponen PH.

Dengan PH tiada masalah, kita runding dalam mesyuarat dan akhirnya patuh pada semangat setiakawan, ini tidak berlaku di Larkin.


Atas apa berlaku (pertembungan PKR dan Muda), saya tentunya dukacita, katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program Santai Petang Belia di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini pada Sabtu.

Ditanya adakah pertembungan itu akan memberi kesan kepada undi PKR, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, rakyat harus menilai kedudukan sebenarnya.

Jelas beliau, negara memerlukan satu pembangkang yang kuat dan konsisten serta tidak boleh disogok dan dibeli.

Setakat ini kita bekerja untuk kawasan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara(Amanah), katanya menjawab sama ada PKR akan memikirkan semula hubungannya dengan Muda.

Sebelum ini media melaporkan Muda menyatakan minatnya untuk bekerjasama bersama gabungan PH dan ia direalisasikan apabila DAP dan Amanah bersetuju menyerahkan beberapa kerusi ditandingi kepada parti berkenaan.


Bagaimanapun, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan Ketua Penerangan parti itu, Rasid Abu Bakar sebagai calon Muda bagi DUN Larkin sebelum penamaan calon.

DUN Larkin akan menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan calon daripada PKR, Muda, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas.

Ia juga merupakan satu-satunya DUN ditandingi PKR dan Muda yang merupakan gabungan dan rakan strategik PH.

Berkenaan calon Menteri Besar PH pula, Anwar berkata, ia masih belum diputuskan kerana apa yang penting sekarang adalah untuk memastikan kemenangan PH pada PRN Johor.

Ada perbincangan awal, tapi belum ada apa-apa yg serius.

Baru-baru ini kita bincang pembahagian kerusi dan strategi bersama di antara PKR, DAP Amanah untuk bersama katanya. – Sinar




Join our Telegram Channel
Telegram