PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) sengaja melaksanakan pilihan raya negeri (PRN) Johor dengan tujuan untuk menang secara bersendirian di negeri itu, dakwa Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Md Nor.
Beliau berkata, selepas matlamat itu dicapai, BN kemudian mahu mengadakan pula pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi mengambil kuasa untuk parti itu sahaja.
“Itulah tujuan sebenar BN buat PRN di Johor iaitu nak menang secara bersendirian. Kemudian mereka nak PRU diadakan pula untuk ambil kuasa ini buat BN saja.
“Saya tak berapa sukalah tindakan itu dan saya dah cakap di Johor sebelum ini. Tak mahulah ulang dah,” katanya menurut laporan Utusan.
Semalam bekas Perdana Menteri Najib Razak melaungkan keyakinan bahawa BN memiliki peluang cerah untuk meraih kemenangan pada PRU15, sekiranya Johor berjaya kembali kepada gabungan itu dalam PRN kali ini.
Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN berkata, Johor dianggap sebagai satu titik perubahan kepada BN dan memberi petunjuk sama ada gabungan itu mampu memenangi PRU15 dengan bertanding secara sendirian.
Sementara itu, Sanusi mengakui bahawa peluang untuk semua parti memenangi PRN Johor agak sukar diramal, ketika rakyat dilihat sudah matang dalam membuat penilaian.
“Semua orang tahu apa yang berlaku berlaku dan rakyat kini berpeluang memilih kerajaan negeri, yang dirasakan mampu membawa Johor ke arah lebih maju.
“Kita serah kepada rakyat Johor untuk membuat pilihan terbaik berdasarkan ruang yang terhidang,” katanya.
Ditanya kekuatan calon PAS dan Perikatan Nasional (PN) di Johor, Menteri Besar Kedah itu berkata, mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan memiliki ramai calon muda yang diketengahkan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muhyiddin terpaksa tolak cabaran sumpah laknat Zahid
- Kenapa Abah takut untuk bersumpah laknat? – Zahid
- Senarai lengkap calon Barisan Nasional PRN Johor
- Marina Ibrahim calon DAP di Skudai
- Muhyiddin sahkan calon MB Johor bukan dari PAS
- Jangan pilih yang kelentong kita, bau hancing tak hilang lagi – Najib
- Guan Eng: Rundingan PH dengan Pejuang, Warisan gagal, jangan tanya saya, tanya Din
- Hadi yakin ahli UMNO undi PN #PRNJohor
- Melayu gagal sebab rasuah – Dr M
- Layak ke Muhyiddin jadi Penasihat Ekonomi Johor, soal Najib
- Jika Johor menang besar, maknanya BN menang PRU15, kata Najib
- Anwar menyesal percaya Syed Saddiq, Muda
- PAS tanding bebas lawan PN DUN Bukit Pasir #PRNJohor sedia terima tindakan
- Senarai calon bertanding PRN Johor 2022
- Zahid saman Mahathir, Muhyiddin
- Calon PAS tanding bebas lawan PN dipecat
- BN mahu menang PRN Johor, PRU15 bersendirian, dakwa Sanusi
Join our Telegram Channel